clock

Monday 7 March 2011

DELIMA MENANGANI SERANGAN JANTUNG

Mengikut penyelidikan terkini,antioksidan yang terkandung dalam jus delima boleh mengurangkan pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah.Antioksidan adalah kandungan yang menghadkan kerosakan sel.

Para penyelidik telah menguji jus delima ke atas tikus dan menemui kesan tindakan jus delima ke atas pengerasan pembuluh darah (atherogenesis) dan penyakit berkaitan seperti serangan jantung dan strok.”Mengikut eksperimen yang dibuat,kami mendapati bahawa polyphenols (bahan kimia antioksidan) dan kandungan semulajadi lain terkandung dalam jus delima boleh melegahkan pembentukan atherogenesis.”kata penyelidik,professor perubatan dan klinik patologi di Universiti Naples,Italy.

Delima merupakan buah yang kaya dengan flavanoid (juga ditemui didalam wain merah) yang mana mempunyai kualiti perlindungan untuk jantung.Penyelidik terapeutik,di pusat kajian William Harvey di London,memberi panduan
Satu gelas jus delima = 2 gelas wain merah,10 cawan teh hijau,6 cawan koko atau 4 gelas jus kranberi,yang mana kesemuanya mengandungi falvanoid.Bukan dengan hanya bersandarkan pada kajian yang terawal,penyelidik daripada Universiti California Pacific menjalankan kajian terbaru mereka,diterbitkan pada 16 september mengutarakan tentang kardiologi,adalah yang pertama untuk menilai kesannya keatas pesakit jantung koronari.(CHD).Mereka membahagikan kepada 45 peserta dengan rawak,dan semua dari mereka menghadapi penyakit jantung koronari dan myocardial iscermia ke dalam 2 kumpulan.Satu kumpulan menerima 250ml (8.5 oz)jus delima setiap hari selama 3 bulan dan yang lainnya di beri placebo dengan jumlah kalori yang sedikit,perasa dan pewarna pada jumlah yang sama.

Penemuan mereka menunjukkan bahawa aliran darah ke jantung meningkat sebanyak 17% bagi kumpulan yang diberi jus delima ,dan merosot sebanyak 18% bagi kumpulan yang diberi placebo.Para penyelidik perasan bahawa kebaikan ini adalah benar tanpa kesan negatif pada lipid,darah gula,hemoglobin A1C,berat badan atau tekanan darah.

“Sebagai kesimpulannya,penggunaan harian jus delima boleh meningkatkan rangsangan tekanan myocardial iscermia ke atas pesakit yang menghadapi CHD,”jelas penyelidik.

0 comments:

Post a Comment

e-news and updates

DAFTAR DI SINI

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More