clock

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday 30 March 2011

pomepure berry

Wednesday 23 March 2011

Tuesday 15 March 2011

Saturday 12 March 2011

Thursday 10 March 2011







header

Monday 7 March 2011

APAKAH DELIMA SEKUAT VIAGRA?

Delima menjadi simbol kesuburan bagi masyarakat yunani,dan terkandung dalam kitab injil sebagai buah kesetian.Warna merah batu permata – seperti buah dan jus yang dikesan mempunyai anti kanser dan antioksidan yang tinggi yang ditemui dalam buah.Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti Viagra yang membantu dalam fungsi nafsu berahi lelaki.
“Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur,ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan : berikan teman anda minuman jus delima”.
Berdasarkan kajian terbaru,jus delima sebagaimana diketahui baik untuk melawan penyakit jantung,mendorong kepada peningkatan seks di kalangan lelaki.
“Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin(genitals).”kata penyelidik dari Universiti California.
Berdasarkan kajian klinikal mendapati bahawa,lelaki mati pucuk yang meminum secawan jus delima setiap hari mendapat tindak balas yang positif berbanding mereka yang meminum jus placebo.Kajian “crossover” dijalankan ke atas kumpulan lelaki dimana kedua-duanya diberi jus delima dan jus placebo selama empat minggu.Separuh daripada ereksi mudah untuk dikekalkan apabila meminum jus delima.Jus membantu meningkatkan peredaran darah pada alat kelamin,tindak balas psikologi diperlukan untuk ereksi dan kepuasan seksual.
Berdasarkan kajian daripada Penyelidik Klinikal Urologi di Sekolah Perubatan Keck,Universiti Southern California, “penemuan ini sangat mengalakkan tanpa serangan,tanpa dadah yang member kesan dalam kehidupan lelaki.Bagi lelaki yang mati pucuk,diet dan senaman amat penting.Meminum jus delimasetiap hari adalah salah satu langkah terbaik dalam pengurusan diet harian. “Tiada siapa yang menukar keyakinan anda terhadap Viagra dengan jus delima.Kebaikan daripada delima terbukti kepada lelaki dan wanita dan anda akan merasai kelebihan seksual di luar jangkaan.
“Lelaki yang mahu meningkatkan persembahan di bilik tidur perlu meminum jus delima,”kata penyelidik.
Berdasarkan kajian saintis dari Universiti California,segelas jus delima bertindak seperti Viagra.Penyelidik berkata jus ini kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan peredaran darah pada alat kelamin.

DELIMA MENANGANI SERANGAN JANTUNG

Mengikut penyelidikan terkini,antioksidan yang terkandung dalam jus delima boleh mengurangkan pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah.Antioksidan adalah kandungan yang menghadkan kerosakan sel.

Para penyelidik telah menguji jus delima ke atas tikus dan menemui kesan tindakan jus delima ke atas pengerasan pembuluh darah (atherogenesis) dan penyakit berkaitan seperti serangan jantung dan strok.”Mengikut eksperimen yang dibuat,kami mendapati bahawa polyphenols (bahan kimia antioksidan) dan kandungan semulajadi lain terkandung dalam jus delima boleh melegahkan pembentukan atherogenesis.”kata penyelidik,professor perubatan dan klinik patologi di Universiti Naples,Italy.

Delima merupakan buah yang kaya dengan flavanoid (juga ditemui didalam wain merah) yang mana mempunyai kualiti perlindungan untuk jantung.Penyelidik terapeutik,di pusat kajian William Harvey di London,memberi panduan
Satu gelas jus delima = 2 gelas wain merah,10 cawan teh hijau,6 cawan koko atau 4 gelas jus kranberi,yang mana kesemuanya mengandungi falvanoid.Bukan dengan hanya bersandarkan pada kajian yang terawal,penyelidik daripada Universiti California Pacific menjalankan kajian terbaru mereka,diterbitkan pada 16 september mengutarakan tentang kardiologi,adalah yang pertama untuk menilai kesannya keatas pesakit jantung koronari.(CHD).Mereka membahagikan kepada 45 peserta dengan rawak,dan semua dari mereka menghadapi penyakit jantung koronari dan myocardial iscermia ke dalam 2 kumpulan.Satu kumpulan menerima 250ml (8.5 oz)jus delima setiap hari selama 3 bulan dan yang lainnya di beri placebo dengan jumlah kalori yang sedikit,perasa dan pewarna pada jumlah yang sama.

Penemuan mereka menunjukkan bahawa aliran darah ke jantung meningkat sebanyak 17% bagi kumpulan yang diberi jus delima ,dan merosot sebanyak 18% bagi kumpulan yang diberi placebo.Para penyelidik perasan bahawa kebaikan ini adalah benar tanpa kesan negatif pada lipid,darah gula,hemoglobin A1C,berat badan atau tekanan darah.

“Sebagai kesimpulannya,penggunaan harian jus delima boleh meningkatkan rangsangan tekanan myocardial iscermia ke atas pesakit yang menghadapi CHD,”jelas penyelidik.

blog contoh

o Home
Powered by Blogger.

0
BEST DESIGN

Tuesday, March 1, 2011 11:04 PM

Posted by cerita hati




0
sambungan tubuh seharum kasturi

Saturday, January 29, 2011 12:23 AM

Posted by cerita hati

Labels: NOVEL ISLAMIK

Benar saja, beliau lalu membuang air besar dan kemudian melumuri seluruh tubuhnya dengan kotoran najisnya sendiri. Seluruh rambutnya. Mukanya. Dada. Tangan. Dan semuanya. Beliau sendiri merasa jijik. Bahkan ia mual dan sempat muntah. Sambil menangis, pemuda tersebut berkata : “Ya Allah , ya Rabbi, kerana rasa takut kepadaMu lah aku melakukan hal senekad ini! Maka gantikanlah untukku yang lebih baik.”

Lalu pemuda itu pun keluar dari bilik mandi. Dan sebaik sahaja wanita tersebut melihatnya,ia terkejut bukan main. Ia merasa jijik. Wanita itu menjerit dan berteriak dengan kerasa : “Keluarlah hai orang gila! Dasar pemuda gila! Keluar kau jangan kau kotori rumahku.”

Pemuda tersebut berjalan keluar dan pura-pura bertingkah laku seperti orang gila. Sebaik sampai di luar, beliau dengan segera mencari tempat yang aman. Beliau takut dilihat orang dan takut mereka akan menfitnahnya. Jika itu yang terjadi, barang dagangannya tidak akan laku, kerana beliau di anggap benar-benar gila. Beberapa orang melihatnya merasa hairan dan mentertawakannya.Beliau terus berjalan menuju rumahnya melalui jalan yang sepi. Pemuda itu merasa sangat lega ketika sampai di rumahnya. Beliau terus membuka pakaiannya dan segera masuk ke bilik mandi untuk membersihkan seluruh tubuhnya.

Ketika pemuda itu keluar dari bilik mandi, Allah S.W.T menunjukkan kekuasaan-Nya Allah menjadikan bau ahrum yang luar biasa memancar dari pori-poritubuhnya hingga menjemputnya. Bau itu tercium dari jarak beberapa meter. Akhirnya pemuda itu dikenali dengan sebutan “Al-Miski” atau Orang Yang Seharum Kasturi. Kisah ini menjadi bukti keagungan Allah. Kisah nyata inimasih boleh dilihat bekasnya. Di tanah Syam ada sebuah makam yang tertuliskan “Al-Miski”. Itulah kubur orang mulia yang menjaga kesuciannya ini.

Bau itu tercium dari jarak beberapa meter. Akhirnya pemuda itu dikenali dengan sebutan “Al-Miski” atau Orang Yang Seharum Kasturi. Kisah ini menjadi bukti keagungan Allah. Kisah nyata inimasih boleh dilihat bekasnya. Di tanah Syam ada sebuah makam yang tertuliskan “Al-Miski”. Itulah kubur orang mulia yang menjaga kesuciannya ini.

e-news and updates

DAFTAR DI SINI

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More